Saturday, October 17, 2009

Sampai Syurga...

Sampai Syurga by Faizal Tahir
Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu


Wednesday, October 14, 2009

Sahabat ^_^

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya...Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan....


1. Sekurang-kurangnya Ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.


3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.


5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.


6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.


7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..


8. Anda seorang yang istimewa dan unik.


9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.


10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.


11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.


12.Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.


14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.


15.Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. . Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.




"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .."




Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ?? Mereka berkedip bersama.....Bergerak bersama...Menangis bersama...Melihat bersama dan....Tidur bersama....Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain...PERSAHABATAN seharusnya seperti itu...Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ...Siapa kawan anda ??




Sunday, October 11, 2009

Antara Kaca & Permata...

Kata orang, " Gajah depan mata tak nampak, tapi semut seberang sungai pulak yang nampak". Inilah lumrah manusia..bila sesuatu yang sekecil2 perkara dijadikan penyebab utk mengeruhkan keadaan, sedangkan perkara2 besar yang dilakukan yang patut diberi penghormatan seperti kebaikan, kesetiaan & ketaatan tidak diendahkan..dipandang remeh, sebelah mata...inilah hakikat dunia..

Antara gajah dan semut, antara kaca dan permata...manusia sering tersilap memilih..dunia, dunia, dunia. Semakin maju negara, semakin manusia mengejar kebendaan, pangkat, harta dan kekayaan. Maka wujudlah manusia materialistik yang mementingkan kebendaan duniawi semata2. Dari dahulu permata berjasa pada si kaca..dijadikan alat untuk memotong si kaca...tp kaca lupa diri..padanya dia lebih berharga dr permata kerana tidak perlu bersusah payah untuk org lain..bermegah kerana disangka dirinya lebih bersinar dari si permata..manusia juga semakin lupa pada permata...manusia merasakan si kaca lebih berharga..lebih bermakna..sedangkan si permata yang disangka tidak berharga itu lebih bernilai..

Di sinilah kepincangan manusia harini, keputusan yang dibuat atas nama terdesak dan terburu2 penyebab kepada pemilihan kaca yang disangka permata..begitulah kehidupan kita sehari2..kita tidak lekang dari diuji oleh yang Maha Esa..kekadang ujian itu meminta kita supaya memilih antara dua..samada untuk meneruskan @ menamatkan, samada untuk makan @ tidur, samada untuk belajar @ bersembang kosong..maka perlulah beringat sebelum membuat sebarang keputusan yang salah..jgn memilih yang salah..jadualkan antara kehendak dan keperluan anda supaya anda tidak terlepas pandang kepada keperluan dan mementingkan kehendak semata2..di sinilah konsep antara kaca & permata digunakan..jgn salah memilih kerana mungkin yg dipilih tidak bernilai spt mana yg ditinggalkan..
Related Posts with Thumbnails