Monday, November 16, 2009

Perjalanan Yang Tiada Titik Henti

Aku telah menjalani kehidupan sebagai pelajar bermula 1 Julai..bermulalah detik perkenalan bersama teman2 baru di sini~~Namun persahabatan yg telah terjalin sekian lama tidak pernah ku lupakan~~Semuanya di dalam kotak ingatanku..kenangan bersama-sama teman serumahku, teman sekuliahku, teman 1 sekolah ku, teman sepejabatku~~mana mungkin ku lupakan..kenangan yang akan ku lukiskan di dalam hati dan kusematkan di dalam senyumanku..

Sahabat,
Tiada banyak yang dapat ku berikan kecuali ingatan tulus ikhlas ini..
Setiap detik, Setiap Saat, Setiap Minit, Setiap Jam kalianlah penawar dukaku,
Madu yang memaniskan kehidupanku,
Walau diri ini tidak sempurna,
Aku pinta supaya kalianlah menyempurnakannya~~

Sahabat,
Walau taufan melanda,
Badai menjengah,
Ombak memukul,
Aku akan tetap menyayangi kalian...

Kalian adalah di antara insan yg terpenting,
Insan yg menyinari kehidupan ku,
Insan yg tidak pernah jemu melayani kerenahku,
Insan yg sanggup memenuhi kehendakku,
Kalian yg terbaik untukku...

Terima kasih sahabat...
Mungkin kita jauh ... tapi aku tidak jemu mengingati kalian..


Istimewa buat:
('',) Kak Cma
('',) Kak Syikin
('',) Mieza
('',) Azie
('',) Miera
('',) Kak Eina
('',) Mak Ndak
('',) Jeff
('',) Pidoih
('',) Koei

& kepada semua sahabatku..w/pun nama kalian tidak tersenarai
bukanlah bermakna kalian tidak penting bg ku..setiap saat kenangan kita,
sepanjang hidupku adalah memori yang paling terindah~~

"Can miles truly separate you from friends... If you want to be with someone you love, aren't you already there?" ~ Richard Bach



Saturday, October 17, 2009

Sampai Syurga...

Sampai Syurga by Faizal Tahir
Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu


Wednesday, October 14, 2009

Sahabat ^_^

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya...Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan....


1. Sekurang-kurangnya Ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.


3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.


5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.


6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.


7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..


8. Anda seorang yang istimewa dan unik.


9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.


10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.


11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.


12.Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.


14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.


15.Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. . Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.




"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .."




Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ?? Mereka berkedip bersama.....Bergerak bersama...Menangis bersama...Melihat bersama dan....Tidur bersama....Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain...PERSAHABATAN seharusnya seperti itu...Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ...Siapa kawan anda ??




Sunday, October 11, 2009

Antara Kaca & Permata...

Kata orang, " Gajah depan mata tak nampak, tapi semut seberang sungai pulak yang nampak". Inilah lumrah manusia..bila sesuatu yang sekecil2 perkara dijadikan penyebab utk mengeruhkan keadaan, sedangkan perkara2 besar yang dilakukan yang patut diberi penghormatan seperti kebaikan, kesetiaan & ketaatan tidak diendahkan..dipandang remeh, sebelah mata...inilah hakikat dunia..

Antara gajah dan semut, antara kaca dan permata...manusia sering tersilap memilih..dunia, dunia, dunia. Semakin maju negara, semakin manusia mengejar kebendaan, pangkat, harta dan kekayaan. Maka wujudlah manusia materialistik yang mementingkan kebendaan duniawi semata2. Dari dahulu permata berjasa pada si kaca..dijadikan alat untuk memotong si kaca...tp kaca lupa diri..padanya dia lebih berharga dr permata kerana tidak perlu bersusah payah untuk org lain..bermegah kerana disangka dirinya lebih bersinar dari si permata..manusia juga semakin lupa pada permata...manusia merasakan si kaca lebih berharga..lebih bermakna..sedangkan si permata yang disangka tidak berharga itu lebih bernilai..

Di sinilah kepincangan manusia harini, keputusan yang dibuat atas nama terdesak dan terburu2 penyebab kepada pemilihan kaca yang disangka permata..begitulah kehidupan kita sehari2..kita tidak lekang dari diuji oleh yang Maha Esa..kekadang ujian itu meminta kita supaya memilih antara dua..samada untuk meneruskan @ menamatkan, samada untuk makan @ tidur, samada untuk belajar @ bersembang kosong..maka perlulah beringat sebelum membuat sebarang keputusan yang salah..jgn memilih yang salah..jadualkan antara kehendak dan keperluan anda supaya anda tidak terlepas pandang kepada keperluan dan mementingkan kehendak semata2..di sinilah konsep antara kaca & permata digunakan..jgn salah memilih kerana mungkin yg dipilih tidak bernilai spt mana yg ditinggalkan..

Thursday, September 24, 2009

Tanggal 3 Syawal


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, segala urusan, persiapan hari raya telah sempurna..saat menanti detik hari raya ketiga sungguh mendebarkan..saat keluarga pihak lelaki datang merisik si anak dara..

Aku tidak meminta lebih dari si dia..yang aku minta cumalah serehal kebahagiaan, sebentuk kesetiaan, sekalung harapan, serantai kasih sayang darinya insan yang bakal menjadi bakal suami & bapa kepada anak2 ku kelak..

Aku terima keluarganya sepertimana aku dapat menerimanya di sisiku..dan harapanku si dia juga begitu...dapat menerima keluargaku seadanya walaupun kami serba kekurangan..bila dirisik cintaku semakin kembang mewangi..aku semakin sayangkan hubungan ini.. semoga perjalananku ini sempurna dan semoga rintangan yang mendatang tidaklah seperti tsunami yang melanda Acheh..habis ranap segalanya..cukuplah sekali tsunami melanda istana yang pernah ku bina..kali ini aku bersedia dengan menghadapinya..kubekalkan radar yang berskala tinggi agar tsunami tidak menghantui lagi...insyaAllah doaku agar segalanya berjalan lancar...


Buat B: syg hanya ingin kecapi kebahagiaan ini bersama B..syg harap ape yg kita impikan dan rancangkan menjadi kenyataan...insyaAllah...

Sunday, September 20, 2009

Syawal Yang Menjelang..


Tanggal 20.09.2009..Tarikh keramat yang ku sangka memberi beribu makna kepada setiap insan...Buat diriku, double 2009 ni memberi seribu erti dalam kehidupanku..Syawal yang ku nantikan disambut dengan penuh makna dan kami sekeluarga menyambutnya dengan gembira & bersederhana..Tema Purple membangkitkan suasana ceria kami sekeluarga..Aku bersyukur ya Allah dengan kesempatan yang aku perolehi ini..Semoga kebahagiaan yang keluargaku bina hari ini berkekalan & bertambah hendaknya..Walau ada rintangan yang mendatang, mungkin itu cuma dugaan dariMu dan aku berharap semoga dugaan yang pernah kami sekeluarga tempuhi mematangkan kami & menambahkan lagi ketaqwaan kami kepadaMu ya Allah..

Semoga Ramadhan di tahun hadapan aku dapat menambahkan lagi ibadah & taqwa ku kepadaMu..ku pohon semoga aku diberi peluang untuk menyambut Ramadhan & Syawal bersama keluarga tercinta pada hari-hari yang mendatang..InsyaAllah..

Tuesday, September 15, 2009

Kepulanganku dinanti

Setelah penat bertungkus lumus aku menahan diriku dari lapar & dahaga, mengawal nafsuku dari melakukan sesuatu yang tidak beretika, mengikat lidahku dari mengucapkan yang tidak enak didengar dan membutakan mataku kepada perkara2 yang tidak elok kulihat, aku semakin terlupa ramadhan ini semakin hampir ke penghujungnya...masih belum puas aku beribadah..banyak lagi yang perlu dipertingkatkan..banyak lagi yang compang camping dalam diri ini perlu ditampal dengan ibadah..insyaAllah semoga amalanku diterima Allah...panggilan telefon semalam mengejutkan aku..Abah, mak minta aku balik awal..cadangnya nak baca buku dulu sblm pulang ke kampung halaman tp tak kesampaian..hasrat mak & abah yang penting...
Rindunya pada keluarga..rasa terubat bila segala rindu ini bila berada di rumah...Sayang semua!

Monday, September 14, 2009

Pencapaian Seorang Guru

Hari ini merupakan saat-saat terakhir kuliahku untuk semester singkat yang pertama ini..Kelas En Wahab yang dahulunya agak memboringkan dengan "presentation" bakal2 cikgu tiba-tiba bersemarak seperti api yang sedang menyala membakar dedaun kering tatkala kami sedewan mengalunkan lagu Guru Malaysia...sebagai seorang pelajar & bakal pendidik aku sedar yang aku perlu menyumbang kepada negara..selama ini tidak ku sangka, rakan sekuliahku rata2 tidak mempunyai minat untuk menjadi seorang pendidik, guru, cikgu atau dalam erti kata lain mereka datang hanya untuk menempatkan diri dalam sektor awam dan profesion perguruan ini merupakan pilihan yang tepat sebagai batu loncatan...Mengapa jadi begini? Bagaimana pencapaian guru2 itu sendiri jika minat tidak ditanam dalam diri mereka...? Tepuk dada tanya selera..Jika minat tidak dipupuk masakan kita dapat melahirkan generasi yang lebih berilmu & berpengetahuan..tidak cukup dengan ilmu dunia sahaja, sebagai pendidik aku rasa bertanggungjawab untuk melatih, mendidik, mengasuh & mendorong mereka (anak2 didik ku kelak) menjadi insan yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara tercinta...

Aku seperti ingin menasihati sahabat2ku tetapi siapalah aku jika bersuara dan suara kerdil ini tidak mampu lagi mengeluarkan kata2nya..mungkin mereka akan sedar kelak bahawa profesion yang mereka pilih ini di tangga yang mulia..tangga kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT..YA Allah semoga kami diberikan peluang untuk menjadi pendidik bakal generasi akan datang yang baik, berkesan & cemerlang dari sudut pandangan dunia & akhirat...Pada ku, pencapaian seseorang guru itu datangnya dari niat, minat dan usaha yang gigih..Wa'allahualam..

Sunday, September 6, 2009

Juadah Berbuka

Rasa dh jemu nk makan lauk yang dibeli jer kat bazaar..ika nk masak hrni...hehehe kami dh prepare barang nk masak..plan nk masak sardin ngn lobak masin grg tak jadi...we changed our plan...hehehe nk tgok juadah berbuka kami jap lagi k..saya upload gambar..

Class..Class.. Class


6.30a.m i begins my day with a big smile...mandi..solat subuh..huhuhuh pastu baru realize tak makan antibiotik lagi sekali..huhuhu masuk ni dh dua kali terbabas ikut schedule doc..

7.30a.m get ready to move..pegi class..today, my important day...my group kena present tuk subjek falsafah pendidikan..i'm the last presenter..good presenter??not really

9.30a.m my second class with my ibunda...Dr. XXX..Lately, i perasan yang ibunda lebih banyak senyum, ketawa dalam kelas..dulu time awal2 kuliah, masyaAllah punya la garang semacam..sampai sume student takut nk present kat depan..ade je yang akan dia komen..baik dari segala segi...all aspects she really fussy..but still she's the best teacher for me..Eventhough dia macam tu its for our good...

11.00a.m Times up! gap kelas pukul2 plak...so, amik kesempatan ini nk balik ke hostel..update my blog..here i am...hehehe pasni nk tdo....zzzZZZZZ :):D
11.01a.m-01.20p.m Hajat di hati nk tdo tp tengok tersayang online...so, batalkan niat tu...baik chatting dengan b..rinduuuu
01.21p.m Azan Zohor berkumandang...i've to pray 1st then ape lagi kena p kuliah..dengar presentation...:( my exciting moment will come soon...so, stay tune dude!
04.25p.m juz went back from "Kedai Runcit" bought something to cook for breaking fast..plan nk masak tempe grg ngan curry ayam...nyummy2...jom masak ika!



Saturday, September 5, 2009

Lagu Yang Mengimbau Nostalgia...



Saat Terakhir by ST 12


tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

* di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta

** ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
di nantiku

repeat **
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup




p/s: aku masih terkenangkan lagi kisah lalu..hanya Allah yang mengetahuinya..segala KetentuanNya...Yang Maha Esa...Semoga ape yang bakal aku tempuh tuk kali ini yang terbaik
Related Posts with Thumbnails