Hari ini merupakan saat-saat terakhir kuliahku untuk semester singkat yang pertama ini..Kelas En Wahab yang dahulunya agak memboringkan dengan "presentation" bakal2 cikgu tiba-tiba bersemarak seperti api yang sedang menyala membakar dedaun kering tatkala kami sedewan mengalunkan lagu Guru Malaysia...sebagai seorang pelajar & bakal pendidik aku sedar yang aku perlu menyumbang kepada negara..selama ini tidak ku sangka, rakan sekuliahku rata2 tidak mempunyai minat untuk menjadi seorang pendidik, guru, cikgu atau dalam erti kata lain mereka datang hanya untuk menempatkan diri dalam sektor awam dan profesion perguruan ini merupakan pilihan yang tepat sebagai batu loncatan...Mengapa jadi begini? Bagaimana pencapaian guru2 itu sendiri jika minat tidak ditanam dalam diri mereka...? Tepuk dada tanya selera..Jika minat tidak dipupuk masakan kita dapat melahirkan generasi yang lebih berilmu & berpengetahuan..tidak cukup dengan ilmu dunia sahaja, sebagai pendidik aku rasa bertanggungjawab untuk melatih, mendidik, mengasuh & mendorong mereka (anak2 didik ku kelak) menjadi insan yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara tercinta...
Aku seperti ingin menasihati sahabat2ku tetapi siapalah aku jika bersuara dan suara kerdil ini tidak mampu lagi mengeluarkan kata2nya..mungkin mereka akan sedar kelak bahawa profesion yang mereka pilih ini di tangga yang mulia..tangga kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT..YA Allah semoga kami diberikan peluang untuk menjadi pendidik bakal generasi akan datang yang baik, berkesan & cemerlang dari sudut pandangan dunia & akhirat...Pada ku, pencapaian seseorang guru itu datangnya dari niat, minat dan usaha yang gigih..Wa'allahualam..
Selamat menjalani RLM 2013
-
Salam dan salam 1 Malaysia,
Selamat menjalani RLM 2013.
Sila pastikan anda menghantar jadual waktu P & P kepada Pensyarah
Pembimbing di Pusat Pengajian Pe...
13 years ago
.jpg)
No comments:
Post a Comment